Visi
Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera
Bimbina Terus Membina
Data 2026.
Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Hasil inisiatif masyarakat setempat. Pembelajaran bermula di bawah rumah Allahyarham Tok Ali Kaya sebelum sebuah bangunan kayu berukuran 50 × 30 kaki didirikan di atas tanah kebun milik beliau. Ketika itu ia dikenali sebagai Sekolah Melayu Permatang Melayu, kira-kira setengah kilometer dari tapak sekolah sekarang.
Antara pengasas sekolah ialah Allahyarham Haji Seman, Haji Arshad, Tok Nayan dan Tok Ali Keramat. Guru pertama yang mengajar ialah Allahyarham Tok Nayan bin Abdullah, diikuti oleh Allahyarham Tok Mail.
Puan Hajah Asma binti Ahmad menjadi murid perempuan pertama yang belajar di sekolah ini.
Sekolah berpindah ke tapak sedia ada dan dinamakan Sekolah Melayu Permatang Berangan, sebelum ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor.
Menjelang tahun ini sekolah telah mempunyai perpustakaan sendiri.
Bilangan murid meningkat daripada 20 orang pada peringkat awal kepada 348 orang.
Pertumbuhan berterusan sejajar dengan perkembangan pekan Tasek Gelugor.
Sekolah kini menempatkan lebih 700 orang murid.
Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor telah diasaskan pada tahun 1907 hasil inisiatif masyarakat setempat. Pada peringkat awal, proses pembelajaran dijalankan di bawah rumah Allahyarham Tok Ali Kaya sebelum sebuah bangunan kayu berukuran 50 × 30 kaki didirikan di atas tanah kebun milik beliau. Sekolah ini pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Melayu Permatang Melayu dan terletak kira-kira setengah kilometer dari tapak sekolah sekarang. Antara pengasas sekolah ialah Allahyarham Haji Seman, Haji Arshad, Tok Nayan dan Tok Ali Keramat. Guru pertama yang mengajar ialah Allahyarham Tok Nayan bin Abdullah, diikuti oleh Allahyarham Tok Mail. Pada tahun 1922, Puan Hajah Asma binti Ahmad menjadi murid perempuan pertama yang belajar di sekolah ini. Pada zaman awal, murid belajar dalam keadaan serba sederhana. Mereka menulis menggunakan jari di atas tanah dan seterusnya menggunakan papan batu dengan kalam sebagai alat tulis. Sistem pembelajaran menumpukan kepada mata pelajaran asas seperti Bahasa Melayu, Kira-Kira, Ilmu Alam, Tawarikh dan Ilmu Kejadian, dengan bahan bacaan dalam tulisan Jawi. Murid juga bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Pada tahun 1924, sekolah berpindah ke tapak sedia ada dan dinamakan Sekolah Melayu Permatang Berangan sebelum ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor. Menjelang tahun 1929, sekolah telah mempunyai perpustakaan. Bilangan murid meningkat daripada 20 orang kepada 348 orang (1949), 575 orang (1954) dan kini melebihi 700 orang murid, sejajar dengan perkembangan pesat sekolah.